Welcome to Alam Ria PASTI Malaysia 2011
Minal A’idil Wal Faiezin
Selamat datang diucapkan kepada semua peserta Karnival Alam Ria PASTI Malaysia sama ada guru, ajk dan murid-murid PASTI pada 16 dan 17 September nanti bersamaan 18 dan 19 Syawal 1432H di Kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar, Perak.
Semoga semuanya selamat tiba dengan persediaan yang mantap untuk memburu kemenangan yang diidam-idamkan !

on September 16, 2011 on 2:22 am
Assalamualaikum dan salam Aidilfitri.
Saya inginkan penjelasan,bagi program sukan Pasti se Malaysia,Alam ria pasti Malaysia dan lain-lain program hebat yg dianjurkan oleh PASTI mengapa PASTI kawasan pandan tidak terlibat.dan setakat ini semua aktiviti itu x pernah sampai ke pengetahuan ibubapa.Saya sebagai ibu yg menghantar anak-anak di tadika PASti ini menaroh harapan yg tinggi kepada anak-anak saya.Saya terkilan bakat yg ada pd anak saya terpadam begitu saja. Kami ibubapa sedia berkongsi idea dan usaha dalam memperbaiki tadika Pasti.Harap dapat diberi perhatian.
on September 19, 2011 on 1:41 am
Terima kasih atas perhatian puan. Kami mohon maaf atas kekurangan tersebut. Dengan izin ALLah respon ini akan kami panjangkan kepada pengurusan PASTI Kawasan Pandan