PASTI MALAYSIA


Petikan Berita Harakah

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 19, 2011

Alam Ria PASTI Malaysia Meriah 

pre agenda

Kuala Kangsar, 17 September : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Alam Ria PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. 12 buah negeri telah menghantar peserta untuk bertanding dalam acara hafazan, nasyid, pidato, azan, bercerita, khutbah dan deklamasi sajak. Pertandingan yang dijalankan di kompleks PAKAT, Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar tersebut dirasmikan oleh Dato; Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak. Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Dato’ Seri Nizar melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya  ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.

            Sebelum itu, Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Haji Hassan Haji Ahmad pula di dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa usaha-usaha transformasi imej dan pemantapan pengurusan PASTI pada semua peringkat akan dilaksanakan. Beliau menyatakan bahawa PASTI akan melaksanakan beberapa usaha ‘rebranding’ dan beberapa produk baru PASTI akan diperkenalkan. Beliau menegaskan bahawa sasaran PASTI 2012 hingga 2016 ingin menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat di negara ini dalam mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

            Berikut keputusan pertandingan Alam Ria PASTI Malaysia Tahun 2011

Acara

Johan

Nasyid

PASTI Selangor

Bercerita (L)

PASTI Selangor

Bercerita (P)

PASTI Kedah

Deklamasi Sajak (L)

PASTI Kedah

Deklamasi Sajak (P)

PASTI Johor

Hafazan (L)

PASTI Selangor

Hafazan (P)

PASTI Selangor

Azan

PASTI Kelantan

Khutbah

PASTI Perak

Pidato

PASTI Perak

Keseluruhan

PASTI Selangor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: