16 Muharam 1433, Isnin.
Malam ini berlangsung Majlis Taklimat PASTI Malaysia ke negeri Sarawak. Majlis berlangsung di Pejabat PASTI Negeri Sarawak di Taman Matang Jaya, Kughing.
Taklimat disampaikan oleh Setiausaha PASTI Malaysia mrwakili Ketua Pengarah PASTI Malaysia. JabatanĀ PASTI Negeri Sarawak diketuai oleh Setiausaha PASTI Sarawak. Meskipun kehadiran ALP PASTI Sarawak tidak ramai berbanding dengan negeri-negeri lain, namun sudah cukup untuk membuktikan bahawa PASTI diterima dengan baik oleh rakyat negeri Sarawak ini. Tidak mustahil suatu hari nanti benih-benih PASTI di sini akan tumbuh subur setanding dengan PASTI yang ada di negeri-negeri lain di bumi tercinta ini.
