Selasa 17 Muharam 1433H
Jabatan PASTI Negeri Sarawak buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan kursus di atas bagi 22 orang guru PASTI di seluruh negeri ini.
Kursus berlangsung sejak petang kelmarin dan akan berakhir pada petang Jumaat 20 Muharam nanti bersamaan 16 Disember 2011.
Kursus ini dijalankan di Dewan Serbaguna PAS Negeri Sarawak di Taman Matng Jaya, Kuching. Suasana dewan yang dingin dan menyegarkan itu memungkinkan guru-guru untuk menimba sebanyak-banyaknya ilmu penddikan awal kanak-kanak dan tarbiyah haraki dengan izin ALLah SWT.
Kursus pada tiga hari pertama ini dikendalikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Latihan Guru bersama Setiausaha JP PASTI Malaysia. Mulai Rabu ini pengendalian kursus ini akan diteruskan oleh Puan Hajah Khairiah bersama Puan Saadiah Haji Abu Bakar ( Ketua MGP Malaysia )
Tahniah kepada Warga PASTI Negeri Sarawak di atas kejayaan mengelolakan kursus ini !



