21 Safar 1433H
Kami menerima suatu berita sedih petang ini. Rombongan guru-guru PASTI Kawasan Gelang Patah yang sedang dalam perjalanan pulang daripada menghadiri Usrah Perdana Guru-guru PASTI Negeri Johor. terlibat dengan kemalangan jalan raya.
Musibah berlaku di lebuh raya berhampiran Simpang Renggam. Sumber maklumat memberitahu Toyota Wish yang dinaiki guru-guru PASTI itu dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta lain menyebabkan hilang kawalan. Akibat kemalangan itu, seorang guru, iaitu Cikgu Zainon Maas meninggal dunia manakala yang lain mengalami kecederaan dan dimasukkan ke Hospital Kulai dan Hospital Kluang.
Takziah diucapkan kepada keluarga Almarhumah Cikgu Zainon. Warga PASTI Malaysia mendoakan kesejahteraan dan keselamatn kesemua mangsa yang sedang dirawat itu..

