21 Safar
Majlis diadakan di Dewan D’Ark, Senawang.Majlis diimulakan dengan pembentangan Hala Tuju PASTI Malaysia oleh Saudara Md Shahmiour, Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
Program diteruskan dengan dialog selama hampir dua jam antara penggerak PASTI Negeri Sembilan dengan PASTI Malaysia yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Setiausaha.
Banyak persoalan telah diutarakan oleh para peserta. Penjelasan yang telah diberikan diharapkan dapat merungkai setiap permasalahan ataupun meredakan segala kegelisahan para peserta.
Majlis ini juga berjaya mengumpulkan hampir semua penggerak PASTI Negeri Sembilan.
Pentauliahan penggerak PASTI Negeri Sembilan telah dijalankan selepas sesi dialog. Slot ini disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan sendiri iaitu Ustaz Haji Khairil Anwar. selepas itu diadakan majlis penyampaian peilbagai anugerah dan sumbangan sebagai penggalak kepada kerja pengurusan PASTI berbagai peringkat di negeri bertuah ini.
Majlis berakhir dengan penutupan rasmi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, YB Haji Taufek Abdul Ghani. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Nazri dan Doktor Ahmad Bayu serta seluruh saf kepimpinan PASTI Negeri Sembilan. Kesesungguhan penganjuran program ini diyakini akan memudahkan turunnya pertolongan ALLah membantu gerakan Islam di sini.
Jazakallah atas layanan yang diberi dan tahniah sekali lagi !
