Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia
Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.
Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.
Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.
Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.
Citra Gemilang PASTI Malaysia
TAHNIAH ALP PASTI MALAYSIA !
SEPANG, Jan: PASTI Malaysia telah berjaya menyusun dan memantapkan lagi pasukan kerjanya yang baru bagi mendepani sesi 2013-2015. Pasukan kerja yang baru ini memperlihatkan gabungan beberapa wajah baru dan lama. PASTI Malaysia yang dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Hj. Hassan Bin Hj. Ahmad telah menambah 4 bahagian baharu dalam struktur organisasinya, iaitu Bahagian PASTI Luar Negara, Bahagian TV PASTI, Bahagian Berita & Publisiti dan Bahagian Strategik. Tujuan penambahan bahagian ini adalah bagi menjadikan pengurusan PASTI Malaysia menjadi lebih cekap dan berkesan, khususnya dalam melebarkan lagi dimensi kerja PASTI.
Semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Citra Gemilang PASTI Malaysia 2014 di Concorde Inn Sepang, Sdr. Suhaizan Kayat, Ketua DPPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli lembaga pengarah PASTI kerana telah berjaya menjadikan PASTI pilihan utama rakyat di negara ini. Beliau turut mengharapkan agar kepimpinan PASTI dapat terus meneroka dimensi baru dan inovasi-inovasi baru dalam bidang pendidikan. “PASTI juga perlu meningkatkan lagi hubungan dengan masyarakat seperti NGO, badan-badan pendidikan dalam dan luar negara, pertubuhan-pertubuhan sukarela, dan sebagainya’, tambah beliau. Tegas beliau lagi, aspek kualiti dan peningkatan mutu perkhidmatan di PASTI hendaklah ditingkatkan selaras dengan peningkatan jumlah murid di PASTI.
Antara fokus utama PASTI Malaysia kali ini adalah berusaha mewujudkan ‘PASTI Model’ bagi setiap negeri dan PASTI Berprestasi Tinggi di setiap kawasan. Turut menjadi fokus penting bagi warga kerja PASTI di semua peringkat pada tahun ini ialah perancangan meningkatkan elaun guru PASTI. Bengkel khas bagi membincangkan hal ini telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi untuk dilaksanakan oleh semua peringkat pengurusan PASTI. Agenda memperkasakan kurikulum PASTI dan mengangkat PASTI agar bertaraf dunia turut diberi perhatian untuk dijayakan pada tahun ini.
m-rasul.jpg
Semarakkan Cinta Rasul. Sejahtera Buat Semua !
Murid PASTI mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013
Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013 yang diadakan di Sri Lanka pada 30 Ogos hingga 6 September 2013 baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Seramai 380 orang peserta dari 14 buah negara telah menyertai pertandingan ini.
Yang paling membanggakan, dua beradik iaitu adik Megat Imran Megat Mohd Khushairi dan adiknya Megat Zaid Megat Mohd Khushairi dari PASTI Edu-Kids Al-Amin telah terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut. Megat Imran 7 tahun bertanding dalam kategori umur di bawah tujuh tahun manakala adiknya Megat Zaid 5 tahun bertanding dalam kategori umur bawah lima tahun.
Kedua-dua beradik tersebut serius di dalam permainan catur sejak akhir tahun lalu dan aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan sejak awal tahun ini.
Sebelum ke Sri Lanka untuk menghadiri pertandingan catur tersebut, mereka telah diberikan penghargaan dari Kerajaan Negeri Selangor di atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Sumbangan sebanyak RM7,000 telah disampaikan oleh Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kepada kedua-dua beradik tersebut. Sumbangan disampaikan di PASTI Edu-Kids Al-Amin. Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali bagi pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak ini.
PASTI Malaysia mendoakan agar adik Megat Imran dan adik Megat Zaid berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dapat menjadi contoh dan pendorong kepada kanak-kanak yang lain, bukan sahaja dalam bidang cartur, malah dalam bidang-bidang yang lain.
Datang jangan tak datang !
Assalamu’alaikum warahmatuLLah
Ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Malaysia
Pengarah-pengarah PASTI Negeri / Wilayah
ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013
Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :
Tarikh 14 – 15 Zulqe’dah 1434H / 14 – 15 September 2013
Tempat SRA Seksyen 16, Persiaran Selangor
Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Selangor.
Alam Ria PASTI Malaysia 2013
Assalamu’alaikum warahmatuLLah
Ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Malaysia
Pengarah-pengarah PASTI Negeri / Wilayah
Tuan-puan,
ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013
Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :
ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013
Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :
Tarikh 14 – 15 Zulqe’dah 1434H / 14 – 15 September 2013
Tempat SRA Seksyen 16, Persiaran Selangor
Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Selangor.
2. Berikut dilampirkan :
a) Atur Cara Alam Ria PASTI Malaysia 2013.
b) Borang Pendaftaran Kontinjen / Peserta
( Sila kembalikan borang tersebut ke Pejabat PASTI Malaysia melalui Fax 03 61869618 atau emel pasti_pusat@yahoo.com.my sebelum 10 September 2013 )
c) Peraturan Alam Ria PASTI Malaysia ( sila rujuk peraturan ini dengan sempurna )
3. Pihak PASTI Negeri juga diminta membuat persiapan awal bagi menghantar kontinjen masing-masing.. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallah khairan kathira.
Sekian terima kasih.
MENDIDIK GENERASI BERTAQWA
Real, PASTI di TV 9.


UMRAH BULAN DISEMBER BERSAMA PASTI MALAYSIA
UMRAH EKONOMI PASTI MALAYSIA
Alhamdulillah, setelah selesai Umrah Ekonomi PASTI Malaysia siri yang pertama pada bulan Mei/June 2013 yang lepas, kini Umrah Ekonomi PASTI Malaysia kembali lagi untuk siri yang kedua.
Pakej Umrah Ekonomi PASTI untuk kali ini akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Disember 2013. Pasti Malaysia akan menawarkan dua sesi pada kali ini, iaitu sesi pertama pada 16 hingga 27 Disember 2013, dan sesi kedua pada 17 hingga 28 Disember 2013. Turut bersama-sama para peserta pada umrah kali ini adalah YBH Tuan Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) .
Harga Pakej Umrah adalah sebanyak RM5500.00, dan yuran pendaftaran sebanyak RM500.00. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Puan Syutina atau Puan Syuhaida di talian 03-61876592. Atau boleh emailkan sebarang pertanyaan ke pastimalaysiaumrah@yahoo.com.
Umrah Ekonomi PASTI Malaysia ini dengan kerjasama Pondok An-Nur Travel & Tours SDN BHD.
Pendaftaran PASTI Sesi 2014

*PENDAFTARAN PELAJAR PASTI SESI 2014 KINI DI BUKA
*TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 4, 5 DAN 6 TAHUN.
*IBU BAPA ATAU PENJAGA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI PASTI NEGERI MASING-MASING ATAU PASTI MALAYSIA.
PASTI NEGERI:
- PERLIS 019-457 5605
- KEDAH 019-440 3329
- KELANTAN 09-748 6042
- TERENGGANU 09-620 4417
- PULAU PINANG 019-409 5922
- PERAK 05-528 8371
- PAHANG 019-931 6227
- SELANGOR 03-8733 5850
- W.PERSEKUTUAN 019-363 9045
- NEGERI SEMBILAN 019-664 4320
- MELAKA 013-398 5450
- JOHOR 07-755 5198
- SABAH 019-369 2587
- SARAWAK 019-825 1719
PASTI MALAYSIA:
- TEL: 03-618 76596, FAX: 03-618 69618
- EMAIL: pastimalaysia@yahoo.com
- http://www.pastimalaysia.com
*PRASEKOLAH BERTERASKAN ISLAM TERBESAR DI MALAYSIA.
*MENAWARKAN PENDIDIKAN ISLAM DAN AKADEMIK SERTA SISTEM PENDIDKAN YANG EFISEN.
*KADAR YURAN YANG BERPATUTAN.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!
UMRAH EKONOMI PASTI MALAYSIA 2013
PASTI Malaysia telah menganjurkan umrah ekonomi dengan kerjasama Pondok Annuur Travel & Tours Sdn Bhd di bawah naungan AlFadhil Ustaz Mokhtar Senik, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang pada bulan Mei-Jun 2013 yang lalu…Alhamdulilah seramai 140 org telah menyertai pakej umrah anjuran PASTI Malaysia…
Cikgu Hj Rosli & Cikgu Hassan
Group 3 : PASTI Malaysia
di Bukit Thur
Guru-guru PASTI Negeri Sembilan bersama Pengarah PASTI Negeri, Ustaz Mohd Nazri Zainuddin.
Kuliah Dhuha oleh Ustaz Mokhtar Senik kepada kumpulan 2
YB Pengarah-pengarah PASTI
PASTI Malaysia mengucapkan tahniah kepada Pengarah PASTI Negeri Kelantan dan Pengarah PASTI Negeri Selangor yang telah berjaya memenangi kerusi DUN masing-masing kelmarin.
Semoga ALLah memberkati kemenangan ini !
Kami turut bersyukur dan amat gembira.
YB Ustaz Latif Abdul Rahman – ADUN Mengkabang, Kelantan.
YB Ustaz Hasbullah Riduan – ADUN Gombak Setia, Selangor.
Enrolmen Murid PASTI 2013
Berita gembira kepada semua
Jumlah murid PASTIyang terkini
78081 orang
Tahniah kepada semua Pengarah PASTI Negeri/Wilayah dan seluruh warga kerja PASTI yang telah bertungkus-lumus menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat Malaysia !
Teruskan usaha, tuntutlah balasan dan ganjaran daripada ALLah SWT.
Ke Putrajaya dengan Pendidikan Islam yang Syumul !
PASTI Cinta RasuluLLah 1434H
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Manusia Yang Paling Agung, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kepada semua warga PASTI dan seluruh rakyat Malaysia. Walau di manapun anda berada, pastikan RasuluLLah menjadi cinta utama kita !
Mari kita ambil pengajaran daripada beberapa peringatan ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi SAW :
Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Al-Ahzab: Ayat 56)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia semuanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari qiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari qiamat.”
(Hadith Riwayat Thabarani)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”
(Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Al-Hakim)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam: Dari Ubai bin Ka’ab:
“Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? Sabda Nabi: Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” Ia bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya?” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Hakim)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari ummatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah Subhanahu wa Ta’ala mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.”
(Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”
(Hadith Riwayat Muslim)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari qiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.”
(Hadith Riwayat Abu Nu’aim)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.”
(Hadith Riwayat Ibnu Najar dari Jabir r.a.)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.”
(Hadith Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a.)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Hinalah hidup orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)
Anugerah Akhir Tahun !
Pada Ahad lepas, Ketua Pengarah PASTI Malaysia telah menerima anugerah yang sangat berharga.
Isteri beliau telah selamat melahirkan seorang putera pada malam 31 Disember 2012. Kelahiran ini telah menambahkan seri di dalam rumah Ketua Pengarah PASTI Malaysia.
Seluruh warga PASTI mengucapkan tahniah kepada Tuan Haji Hasan sekeluarga !
PASTI Malaysia sempat menziarahi Ketua Pengarah PASTI di pejabatnya kelmarin. Rombongan sempat menyampaikan cenderamata sebagai tanda kesyukuran.
Lawatan Kerja ke Jabatan PASTI Negeri Sarawak
Sabtu – Ahad, 4 – 5 Zulhijjah 1433H
Miri / Limbang
Kuching / Petrajaya
- PASTI Insani Kuching. Batu Asas PASTI di Bumi Kenyalang
Sambutan dan layanan amat cemerlang. Moga-moga hasil lawatan dan ziarah ini membawa kebaikan kepada semua. Jazakallah dan Tahniah kepada seluruh warga PASTI Negeri Sarawak !
Ziarah PASTI Negeri Johor
Ahad, 27 Zulqaedah
Seperti dipersetujui, rombongan PASTI Malaysia selamat sampai di Pejabat PASTI Negeri Johor, Simpang Renggam.
Majlis taklimat dan ramah mesra berlangsung selama tiga jam. Banyak perkara dibincangkan untuk menyemarakkan lagi persediaan menjadikan PASTI sebagai pilihan utama masyarakat menjelang 2013.
Sebelum pulang kami bertandang ke Restoran Haji Ali dan seterusnya menunaikan solat Zohor di surau berdekatan Markaz PAS Simpang Renggam.
Terima kasih kepada semua !
Tahniah kepada Semua !
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2012
1.PIDATO
NEGERI | |
JOHAN | TERENGGANU |
NAIB JOHAN | SELANGOR |
KETIGA | KEDAH |
2.AZAN
NEGERI | |
JOHAN | PULAU PINANG |
NAIB JOHAN | PERAK |
KETIGA | KEDAH |
3.KHUTBAH
NEGERI | |
JOHAN | KEDAH |
NAIB JOHAN | KELANTAN |
KETIGA | PERAK |
4.BERCERITA (L)
NEGERI | |
JOHAN | SELANGOR |
NAIB JOHAN | KELANTAN |
KETIGA | KEDAH |
5.Bercerita (P)
NEGERI | |
JOHAN | TERENGGANU |
NAIB JOHAN | PERAK |
KETIGA | PAHANG |
6.SAJAK (L)
NEGERI | |
JOHAN | WILAYAH PERSEKUTUAN |
NAIB JOHAN | SELANGOR |
KETIGA | KELANTAN |
7.SAJAK (P)
NEGERI | |
JOHAN | SELANGOR |
NAIB JOHAN | TERENGGANU |
KETIGA | KELANTAN |
8.HAFAZAN (L)
NEGERI | |
JOHAN | KEDAH |
NAIB JOHAN | SELANGOR |
KETIGA | PERAK |
9.HAFAZAN(P)
NEGERI | |
JOHAN | PERLIS |
NAIB JOHAN | MELAKA |
KETIGA | KELANTAN |
10.NASYID
NEGERI | |
JOHAN | KEDAH |
NAIB JOHAN | JOHOR |
KETIGA | PERAK |
11.KALAM JAMAI’E
NEGERI | |
JOHAN | SELANGOR |
NAIB JOHAN | MELAKA |
KETIGA | PULAU PINANG |
JOHAN KESELURUHAN :
PASTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN
Tentatif Alam Ria PASTI Malaysia 2012
Salam Syawal.
Buat Panduan Semua
Atur Cara Alam Ria PASTI Malaysia 2012
Sabtu 15 September 2012
10.00 pagi hingga 6,00 petang
* Pendaftaran di PUTIK
* Acara bebas / lawatan sekitar Kota Bharu.
8.00 malam
* Makan Malam ( PUTIK & Penginapan )
* Taklimat ketua kontinjen dan hakim-
hakim ( PUTIK )
Ahad – 16 September 2012
7.00 pagi
* Sarapan pagi di PUTIK.
8.00 pagi
* Acara Alam Ria PASTI Malaysia
dipertandingkan.
* Majlis penutup dan penyampaian hadiah
* Jamuan Eid Fitri PASTI Malaysia
PASTI Bersama Pertahankan FELDA !
Sabtu, 24 Sya’ban 1433H.
Sebentar tadi PASTI Malaysia bersama-sama dengan para penyokong Pakatan Rakyat berdemonstasi sebelum Wakil Peneroka menyerahkan memorandum bantahan dan tuntutan kepada SPB Yang Dipertuan Agong.
MASKOT PASTI CURI TUMPUAN
ALOR SETAR, 2 Jun
Walaupun keadaan hujan lebat yang menimpa program Xpresi Hijau Anak Muda ke Putrajaya Dewan Pemuda PAS Pusat semalam, namun ada sesuatu yang mencuri tumpuan dan membakar semangat anak muda yang membanjiri Stadium Darul Aman, di sini.
Hadi dan Huda – dua maskot animasi ilham Dewan Pemuda PAS Pusat (gambar oleh Malaysiakini) telah mencuit perhatian orang ramai.
Dua maskot ini adalah satu lambang kepada model muslimin dan muslimah yang soleh dan solehah.
Paparan gambar Hadi dan Huda di Facebook Harakahdaily tengah malam semalam telah juga mendapat sambutan yang hangat dengan 1,154 Likes ketika berita ini ditulis, dan telah dikongsikan sebanyak 110 kali.
“baju macam tadika PASTI bEStari,” kata Rosnain Romli di Facebook.
Ramai yang berpendapat inisiatif DPPP itu cukup comel dan satu langkah yang bijak untuk mendidik generasi muda mengenai Islam.
Pengunjung FB Harakahdaily, Muhd Faris pula mencadangkan agar DPPP mengembangkan Hadi dan Huda seperti cerita Upin Ipin.
“Mesti ramai yg suka,” kata beliau.
Aishah binti Mohsin pula mencadangkan agar Hadi dan Huda dijadikan kartun rasmi untuk PRU-13.
“blh gntii upin ipin.. pe2 tahniah atas insiatif yg dilakukan. semoga usaha kalian diberkati Allah SWT,” tulis beliau.
Selamat Hari Guru
Isnin, 22 Jumadilakhir 1433 H.
Selamat Hari Guru kepada semua guru PASTI seluruh negara.
Semoga ALLah SWT membalas segala pengorbanan cikgu-cikgu.
Jazakallah daripada,
Haji Hasan Haji Ahmad
Ketua Pengarah JP. PASTI Malaysia.
Abadi Dalam Harum Nama
Guru pendidik mulia
sudah berabad lalu
bermandi keringat
meniti gigi hari
mendaki puncak tinggi
di merata lurah dan denai
menabur bakti
tanpa mau dipeduli.
Guru pendidik mulia
bukan untuk dipuja
atau di dewa-dewa
siang dan malarnnya
adalah perjuangan jua
rela meluah bahagia
menelan duka nestapa
dengan senyum dan takwa
biarpun sayup di hutan belantara.
Guru pendidik mulia
laksana kuntum kembang mekar
memuncak nama pembela sejahtera
abadi dalam harum nama.
Ismala
1988
Bunga Sirih untuk Guru
Guru adalah Ibu pengasuh budiman
guru adalah ratu lebah
lalu memujuk membelai kelopak
cinta kasih sayang
lilinnya berbunga sinar cahaya
madunya berbunga penawar jiwa.
Guru adalah penyu pengasih
lalu menabur bunga telur
baktinya segar mewangi
sepanjang pantal zaman.
Guru adalah lampu penyuluh
pedoman kehidupan
guru adalah pendakwah
lalu mengikut jejak Nabi Muhammad
memimpin insan
ke jalan lurus ke padang luas.
Bunga sirih bunga pirtang
terima kasih terima savang
budi bicara guru berjasa
kami sanjung tinggi.
J.M. Aziz
Rumah Puisi
Seberang Takir
Kuala Terengganu
Dia Seorang Guru
Dia seorang guru tua sebuah sekolab
terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah
penunggu setia sekolah desa bukan cuma ganiaran upah
tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah
sekadar kerelaannya menggenggam suatu amanah
yang mengangkat harga diri dan maruah
dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah
dengan kelkhlasan had dan pasrah
dengan tidak mengenal jemu dan penat-lelah
yang diperkirakan kepuasan diri membangun ummah
berlandas paksi yang jelas dalam tuju-arah.
Dia seorang guru pengganti ayah ibu
dia seorang guru pembentuk generasi baru
dia seorang guru pembina insan sepadu
dia seorang guru pewaris tamadun ilmu
yang terus hidup sepanjang waktu
diimbau berbunyi dilihat bertemu.
Ismail Haji Adnan
1989
Guruku
Seperti lilin
sewaktu waktu akan cair
gugur lalu membeku
sepi pun datang menutup pandang
tinggallah waktu
mengakhiri seJarah panjangnya.
Seperti engkau
sewaktu waktu penyuluh hidupku
betapa dalam kegelapan maya
engkau perkenalkan daku dengannya
suria dan bintang cakerawala
sehingga seluruh jagatraya ini
tiba-tiba menjadi milikku.
Kehadiranmu adalah suatu fitrah
lepas itu, engkau kutinggalkan
kukira engkau kesepian kini
mengakhiri sisa-sisa hidupmu
tanpa belaian kasih
ratusan anak-anakmu
yang telah engkau berikan obor.
Dan pagi ini kudakap wajahmu dalam kenangan
seorang anak yang pernah engkau lukai
kini pencintamu paling setia
sehingga ke akhir hayat.
Zam Ismail
Seremban
1985
Jasamu Dikenang
Segala bakti yang engkau curahkan
mengajar mendidik anak bangsa
segala jasa yang engkau taburkan
menjadi kenangan tak akan kami lupakan.
Engkau laksana pelita di malam gelita
memancarkan sinar sepenuh rela
jiwamu tabah hatimu cekal
kasihmu sud semangatmu berkobar
yang tak pernah mengenal erti putus asa
yang tak pernah meminta puji dan puja.
Jasamu tak akan luput dalam ingatan kami
sepanjang hayat mekar di sudut had
tiap sepatah katamu mengisi erti
tiap madahmu mengandungi hikmat
pembentuk peribadi penegak kebenaran
pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.
Hanya kata-kata ini yang dapat kami lafazkan
terkumpul dari seribu hati menjadi satu
menadah tangan dengan doa restu
kepada Tuhan yang menjanjikan pembalasan
kepadamu guru-guru yang berjiwa mulia
pembimbing petunjuk ke arah maju jaya.
Jujur dan ikhlas engkau berbakti
di kota dan desa atau di huj’ung negeri
cekal dan tabah menempuh dugaan
hidupmu bagalkan pelita di tengah malam
membakar diri menerangi yang kelam
jasamu akan karra kenang sepanjang zaman.
Ahmad Sarju
Klang
1988
Pelita Sebuah
Dengan sinar cahaya
di malam gelita
kelip-kelip warnanya
menerangi kamar alam
sekian lama malam
merantai kegelapan
akhlrnya kukenal siang
berwajah suram
alangkah indahnya cluma
kuhhat di dalam terang.
Pelita sebuah
membawa cahaya ilmu
hutan menjadi terang
gua malam
bercahaya api
lautan menjadi tenang
gelombang clan karang
dapat direnang
kujelajahl malam
tanpa bimbang.
Ami Masra
UPM Serdang
1988
Guru oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Usman Awang
1979
Persidangan Meja Bulat Kurikulum PASTI Malaysia 2012
13 Jumadilakhir 1433 H
Hari ini sebahagian pemikir kurikulum PASTI berkampung di Putra Nilai, membahas dan membincangkan hala tuju kurikulum PASTI bagi mendepani cabaran pendidikan pada abad ke-21 ini.
Meskipun diakui bahawa kurikulum PASTI merupakan antara kurikulum prasekolah berteraskan Islam yang terunggul, semakan dan penambahbaikan amat signifikan demi memastikan PASTI dapat memenuhi hasrat serta impian ibu-bapa seterusnya mendidik anak-anak tunas Islam dengan kemahiran, ilmu ,penghayatan dan pengamalan akhlak Islam sesuai dengan kepeluan mereka pada zaman yang amat mencabar ini.
Mudah-mudahan program ini mencapai matlamat yang telah digariskan demi kebaikan untuk semua rakyat Malaysia.
Lawatan Kerja PASTI Malaysia ke PASTI Sabah
Sabtu, 29 Jumadilawal 1433H
Rombongan kami tiba di Kota Belud sekitar jam 11.30 pagi.
Taklimat disampaikan oleh TKP, Sdr Mad Shahmiour selepas ucapan aluan daripada Setiausaha DPP Sabah.
Walaupun berada di pedalaman Sabah, PASTI gigih meneruskan usaha dakwah kepada masyarakat melalui pendidikan berteraskan Islam. Baru-baru ini rombongan pimpinan PASTI Malaysia berkesempatan melawat beberapa buah Pasti di Kinabatangan, Sabah. Begitu terharu rasanya apabila melihat kegigihan kerja-kerja dakwah Islam yang dilakukan oleh warga kerja PASTI di sana. Walaupun kebanyakan masyarakatnya miskin sejak sekian lama, namun mereka menaruh harapan besar agar berlaku perubahan dengan menyatakan sokongan bagi memenangkan perjuangan menegakkan Islam, khususnya di bumi Sabah.
(Gambar: Warung usang diperbaiki dan dijadikan tadika PASTI di Kinabatangan).
Marhaban, Selamat Datang !
Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia mengucapkan selamat datang kepada semua peserta dan petugas Sambutan Hari Guru, Muktamar Majlis Guru PASTI dan Konvokesyen Guru-guru PASTI Malaysia Tahun 2012.
Century Pines Resort Hotel
Tanah Rata, Cameron Highlands.
28 & 29 Mei 2012 ( Isnin & Selasa )
Beberapa pesanan awal untuk ingatan semua :
1. Membayar duit penyertaan ( RM 130.00 ) untuk menampung sebahagian kos makanan dan penginapan di hotel berprestij.
2. Merancang perjalanan ke Cameron Highlands supaya dapat selamat tiba sebelum jam 1.00 petang 28 Mei kerana kesesakan jalan di sana sempena musim cuti persekolahan.
3. Bersedia dengan struktur jalan jika melalui laluan Tapah – Cameron Highlands. Jalan berliku-liku ( sediakan beg muntah atau makan pil )
4. Jika ingin membawa keluarga, sila buat tempahan penginapan sendiri dengan kadar segera. Semua hotel dan homestay mengenakan caj yang lebih tinggi pada musim cuti dengan kenaikan melebihi 100% ( contoh – bilik biasa RM 89.00, musim cuti RM 189.00 ).
Semoga semuanya selamat tiba dan terhibur dengan keindahan alam ciptaan Tuhan di kawasan percutian pergunungan tersohor ini !
Realisasi Rebranding Premis PASTI
26 Rabiulakhir 1433H
Selepas penat mengecat selama hampir sebulan, akhirnya PASTI kami nerwajah baru. Mudah-mudahan bertepatan dengan spesifikasi warna premis yang terkandung dalam buku Manual Pengurusan PASTI.
Semoga usaha rebranding ini juga berjaya menarik minat masyarakat sekitar menghantar anak-anak belajar di sini !
Hot Topics ! Jalan ke Majlis Konvokesyen PASTI 2012
28 Rabiulawal 1433H
Khas untuk guru-guru PASTI yang telah menghabiskan kursus peringkat asas dan sijil.
Sila klik pautan di bawah untuk mendapatkan soalan-soalan percubaan bagi peperiksaan akhir kursus perguruan PASTI awal Mac nanti.
http://www.box.com/embed/2fp3qn6sbnqjqur.swf
Ijtimak Pilihanraya Ke-13 Guru-guru PASTI Malaysia
04 Rabiulakhir 1433H
Beberapa rakaman pilihan.