PASTI MALAYSIA


Hari Guru PASTI 2009

Posted in Berita by PASTI Malaysia on May 20, 2009

Alhamdulilah, Hari Guru PASTI ke-25 telah selesai dijalankan di Hotel Emas,Tawau,Sabah pada 16 Mei 2009 dengan tema “25 tahun PASTI Memimpin Perubahan'” yang dirasmikan oleh YB Tuan Hj Salahuddin Ayub,Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.Antara ucapannya penegasan bahawa guru – guru PASTI adalah antara tenaga penting yang menjana kejayaan PAS membelah benteng penghalang antara parti dengan masyarakat .

Nyanyian NegaraKu

Nyanyian NegaraKu

Sejak 25 tahun yang lalu , PASTI yang diasaskan pada zaman kepimpinan Al Fadhil Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat , kini sedang merajah peta perluasannya dan mewajah capaian gemilang dalam khidmat pendidikan yang cukup meyakinkan masyarakat .

Yb. Tuan Hj Salahudin Ayub turut mensasarkan satu tahap keupayaan yang boleh direalisasikan dengan penuh komitmen dan istiqamah , iaitu capaian untuk jangka 25 tahun mendatang bahawa PASTI bukan sahaja gah dengan cawangannya di seluruh pelusuk negara tetapi juga mampu dan berjaya menubuhkan sebuah universiti guna melahirkan tenaga pendidik atau guru yang lebih berkemampuan dan memiliki kepakaran yang berkeupayaan tinggi untuk mengangkat martabat pendidikan Islam dalam negara .
Guru-guru yang hadir

Guru-guru yang hadir

Bahkan PASTI juga sangat diharapkan agar dapat mengumpulkan segala tenaga pakarnya untuk merangka satu Penyata PASTI dan pelan pendidikan negara yang berkesan bagi menggantikan Penyata Rahman Talib dan Penyata Razak yang dilihat semakin usang dan tidak lagi efektif untuk menangani krisis pencapaian akademik dan konflik solidariti yang kian membarah dikalangan masyarakat kita .
Kita tidak mahu hanya sekadar berupaya melahirkan pelajar atau generasi berminda A sebaliknya apa yang kita mahu capai ialah penguasaan seimbang dalam melahirkan kecemerlangan intelektual , emosional dan spiritual insan .
.

IMG_1551

Dewasa kini PASTI telah meletakkan dirinya sama aras dengan pusat pengajian integrasi peringkat pra persekolahan , malah secara pratisnya PASTI kini berjaya melaksanakan misi dan visinya merentas sempadan ideologi parti politik , bangsa dan agama .

Sebahgian guru yang hadir

Sebahgian guru yang hadir

Jam 9.30 pagi Ikrar guru, Persembahan Nasyid oleh murid PASTI Tawau,Deklamasi sajak oleh Guru PASTI.

Ikrar guru

Ikrar guru

ALP yang hadir

ALP yang hadir

Pelancaran Buku Log Latihan Perguruan PASTI oleh YB Salahudin diikuti penyampaian Anugerah kepada Tokoh PASTI Negeri-negeri,Anugerah Guru Paling lama berkhidmat,Anugerah Tokoh Guru Cemerlang dan Tokoh Guru Kebangsaan..

Persembahan Nasyid oleh Pelajar

Persembahan Nasyid oleh Pelajar

Selepas selesai Sesi Penyampaian Anugerah, diadakan sesi fotografi dan Jamuan ringan.

Pada sebelah petangnya,Guru dan ALP meneruskan aturcara masing-masing..

Terima kasih kepada ALP PASTI Sabah dengan bersungguh-sungguh menyediakan keselesaan kepada semua peserta yang terlibat.

Tokoh-tokoh Guru kebangsaan
Tokoh-tokoh Guru kebangsaan

Tokoh Guru Kebangsaan telah dianugerahkan kepada Ustazah Faridah Binti Dawam dari Perak.

Turut hadir juga ialah Yg Bhg Dato’  Hj Abu Bakar Chik,YB Mahfuz Omar, YB Zaki Ibrahim, Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat,Ustaz Nasharudin Hassan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: