PASTI MALAYSIA


Program di PASTI Sandakan, Sabah.

Posted in Berita by PASTI Malaysia on May 17, 2010

( Tribute to Mr Krangkang )

Perasmian PASTI Khalid Al-Walid

SANDAKAN, 16 MEI – Perasmian PASTI Khalid Al-Walid telah diadakan dalam suasana yang penuh sederhana dan meriah di Kg Tinusa Dua di sini.

Tetamu dan jemputan yang hadir
Premis PASTI yang telah disempurnakan perasmiannya oleh En Rosli Suhaime, Setiausaha PASTI Malaysia itu merupakan PASTI kenam yang dimiliki oleh PASTI Kawasan Sandakan selepas PASTI Saidina Uthman, PASTI Saidina Ali dan beberapa buah PASTI yang lain.

Ucapan perasmian oleh En Rosli

En Rosli menurunkan tandatangan pada plak perasmian.

Semasa menyampaikan ucapan perasmiannya, En Rosli menegaskan bahawa ibu bapa adalah bertanggungjawab mendidik anak-anak dengan pendidikan Islam. Mereka akan ditanya di Padang Mahsyar tentang anak-anak mereka sebelum dimasukkan ke dalam syurga. Justeru, melalui Dewan Pemuda PAS inilah PASTI ditubuhkan untuk membantu ibu bapa bagi meyediakan pendidikan Islam buat anak-anak.

Penyampaian Cenderamata kenangan oleh Ketua DPPK Sandakan
Majlis yang dihadiri oleh hampir 100 orang itu diselitkan juga dengan majlis bacaan doa selamat bagi memberkati lagi gerak kerja PASTI Kawasan Sandakan. Majlis diakhiri dengan sedkit jamuan buat para tetamu dan jemputan yang hadir.
Jamuan
SANDAKAN, 16 MEI – Hampir 40 orang AJK dan Guru PASTI seluruh Sandakan telah menyertai Kursus Pengurusan PASTI yang diadakan di PASTI Khalid Al-Walid di sini.

Slot Pengurusan daripada SU Pasti Malaysia.

Pembentangan oleh En Ridzuan

Kursus yang disampaikan oleh Setiausaha PASTI Malaysia, En Rosli Suhaime itu telah mendedahkan banyak kaedah pengurusan yang terkini dan yang sedang diselaraskan di seluruh negara. Kursus pengurusan ini juga melibatkan Pengarah Bahagian Penaziran PASTI Malaysia, En Ridzuan Rashid dan Pengarah Bahagian Kebajikan, Pn Samila Said yang membicarakan tentang portflio masing-masing.

Slot Kebajikan bersama Pn Samila

Menurut seorang AJK yang mengikuti kursus ini, memandangkan PASTI Sandakan memiliki ramai muka baru dalam Ahli Jawatankuasa, pengisian kursus kali ini amat berguna kepada mereka. Ia bukan sahaja amat berharga buat AJK malah kepada guru.

Barisan AJK dan Guru yang menjadi peserta kursus

Sebelum kursus ini berakhir, En Rosli sudi memberi hadiah kepada semua guru PASTI Sandakan bagi mewakili seluruh Ahli Jawatnkuasa PASTI Sandakan. Semoga dengan sedikit hadiah itu dapat menyuntik semangat guru-guru PASTI Sandakan untuk istiqomah dalam arena ini.

Salah seorang guru yang menerima hadiah hari guru

Cenderamata kenangan disampaikan
oleh Setiausaha PAS Kawasan Sandakan

Akhirnya, En Rosli berharap agar apa yang dibentangkan kali ini dapat menambahbaikkan sedikit sebanyak gerak kerja PASTI Sandakan dalam usaha menjadikan PASTI Sandakan sebagai pendidikan pra sekolah yang unggul menjelang 2015.

Jamuan ringan

3 Responses to 'Program di PASTI Sandakan, Sabah.'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Program di PASTI Sandakan, Sabah.'.

  1. Siti Bayyinah Omar said,

    Salam nak tanya..saya tinggal di felda Selendang Kuala Rompin…Saya berminta nak hantar anak saya ke PASTI…tapi kat kawasan saya hanya ada KEMAS je..camna ye…setahu saya kat kuala rompin ada tapi jaraknya dr rumah saya 25km..

  2. alya alisya said,

    anak saya sekolah dekat pasti …. alhamdulillah dia dah pandai surah-surah pendek… tapi napa guru-guru dia kalau ada masalah tak nak hubungi pihak ibu bapa tu sendiri… napa takut duit kredit kat telefon dia habis kah ?

    • pastipusat said,

      Salam.

      terima kasih atas komen puan. Kami akan menasihati guru PASTI tersebut, jika boleh tolong berikan nama PASTI untuk rujukan kami.

      Blog Admin – 019 4326421


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: