PASTI MALAYSIA


Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2010

Posted in Berita by PASTI Malaysia on May 28, 2010

Pentas Utama

Jumaat, 14 Jumadilakhir 1431 – 28 Mei 2010

Program rasmi bermula  jam 11.00 pagi dengan taklimat yang diadakan bertempat di Dewan Peperiksaan Mahaad Darul Quran, Rusila. Taklimat ringkas perjalanan program itu disampaikan oleh Setiausaha PASTI Terengganu dan Setiausaha PASTI Malaysia.

Sebelum itu semua peserta telah berkumpul di Masjid Rusila untuk mengikuti kuliah ilmu pagi Jumaat. Pengisian telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man sejak jam 9.00 pagi.

Tepat jam 2.00 petang semua peserta membanijiri Kompleks Markaz Tarbiyyah PAS Kawasan Kuala Terengganu untuk majlis perasmian Program Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia.

Ketibaan Perasmi

Ucapan-ucapan majlis perasmian bermula dengan kata=kata aluan Ustaz Mohd Sood Said, Pengarah PASTI Terengganu diikuti oleh ucapan Ketua Pemuda PAS Terengganu, Yang Berhormat Ustaz Mond Nor Hamzah.

Nyanyian Lagu Rasmi PAS & PASTI

Selepas itu Puan Saadiah Abu Bakar, Pengerusi MGP Malaysia pula menyampaikan ucapan diikuti oleh ucapan aluan Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Majlis perasmian Hari Guru PASTI Malaysia disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh AF Ustaz Dato; Haji Abu Bakar Chik, Pengerusi Lajnah Pendidkan PAS Pusat.

Finalis Tokoh Guru PASTI 2010

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada guru-guru PASTI seluruh negara. Kemuncak program ialah pengumuman Tokoh Guru PASTI Malaysia bagi tahun 2010 yang telah disandang oleh Cikgu Siti Sofea bt Rafiei  dari PASTI negeri Sabah.

Tokoh Guru PASTI 2010

Tahniah kepada semua ! Sejuta penghargaaan kepada  PASTI Terengganu di atas komitmen yang begitu tinggi mengelolakan program ini !

Moga ALLah memberikan keberkatan kepada kita semua …………..

Gambar Kenangan di atas Pentas Utama

Malam 28 Mei 2010.

Taklimat Koperasi PASTI Malaysia diadakan bermula jam 9.00 malam. Sebelum itu majlis cabutan undi Pesta Sukan PASTI Malaysia dijalankan sementara menunggu audien memenuhi dewan kompleks.

Cabutan undi berjalan lancar tanpa sebarang gangguan dan selesai dalam tempoh 25 minit.

Selepas itu taklimat koperasi disampaikan oleh Cikgu Azrin Majid, Pengerusi KoPASTI Malaysia.

Taklimat selesai pada jam 11.00 malam. Mudah-mudahan semua guru PASTI akan memanfaatkan peluang menyertai koperasi ini untuk kebaikan kita bersama.

Penerimaan 340 Borang Keahlian dari PASTI Kedah

Selepas habis acara, semua peserta bersegera pulang ke tempat penginapan masing-masing untuk berehat seketika. Diharapkan semua guru PASTI akan segar dan bertenaga untuk menyertai Muktamar MGP mulai jam 8.00 pagi esok.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: