PASTI MALAYSIA


Al-Fatihah buat ALLahyarhamah Kak Umi

Posted in Berita by PASTI Malaysia on January 15, 2011

Sabtu 11 Safar 1432H – 15 Januari 2011

Jam 3.50 petang kami menerima suatu berita sedih. Hajah Asmah Tukiran, mantan Timbalan Pengerusi MGP Malaysia dan mantan Pengerusi MGP Perak telah meninggalkan kita buat selama=lamanya.

ALlahyarhamah meninggal dunia kira-kira jam 3.45 petang di wad ICU Pusat Perubatan Pantai Puteri, Ipoh setelah terjatuh di rumahnya pagi tadi.

Semoga keluarganya tabah dan sabar menerima ketentuan ALLah ini. Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia merakamkan ucapan takziah dan amat bersimpati dengan pemergian ALLahyarhamah. Budi dan jasanya tetap terpahat di dalam ingatan setiap warga PASTI. Moga ALLah masukkan roh ALLahyarhamah ke dalam golongan hambaNya yang beriman, para syuhada’ wal ‘amilin

Kenanganbersama ALLahyarhamah  sewaktu perasmian Rumah PASTI Perak

Kami tiba di rumah ALlahyarhamah jam 6.15 petang. Kami diberitahu bahawa jenazah akan tiba sebentar lagi. Kami menunggu hingga jenazah selesai dibaringkan di atas katil ruang tamu rumahnya.

Selepas itu kami bertahlil. Ustaz Latif, mantan Naib Ketua DPP Bagan Serai memimpin bacaan tahlil. Sayu hati mengaminkan doa Bahasa Melayu yang diucapkan oleh AF Ustaz Latif.

Selesai sesi itu kami mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengkembumian esok daripada suami dan menantu ALLahyarhamah. Kami beredar dari situ tepat jam 7.00 malam, Esok dengan izin ALLah kami akan ke sini lagi untuk menemankan Cikgu Azrin dan rombongan dari ibu kota.

Khemah hadapan rumah

Ketibaan Jenazah

Tahlil Kami

Doa Tulus kepada Ilahi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: