PASTI MALAYSIA


Kempen PRK Muara Tuang

Posted in Berita by PASTI Malaysia on April 2, 2011

Sabtu 02 April 2011

PASTI Malaysia yang diwakili oleh Setiausaha PASTI telah turun padang sempena Kempen PRK Sarawak.

Sdr  Setiausaha telah menjalankan khidmat selaku perunding dan penunjuk arah rombongan ziarah PAS Pusat ke Kampung Pinang, Kota Samarahan yang diketuai oleh Yang Berhormat Presiden PAS. Syukur kepada ALLah kerana program yang dirancang dalam waktu yang singktat itu berjaya mencapai matlamat.

Untuk pengetahuan, Keluarga Tuan Haji Abdul Rahman bin Dobi yang diziarahi petang ini merupakan sebuah keluarga yang dihormati di kampung Pinang, Nangka dan Kampung Entingan. Kesemua anak lelakinya merupakan nadi penggerak kepada jentera Pakatan Rakyat dalam pilihanraya Umum ke-12 yang lalu.

Rombongan sempat menunaikan solat Maghrib di rumah Haji Abdul Rahman. Selepas itu, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang telah sudi membacakan doa selamat sempena majlis kenduri (selamatan ) kecil yang kebetulan diadakan oleh tuan rumah seisi keluarga.

Haji Abdul Rahman Dobi serta isterinya Hajah Salbiah amat bersyukur dan berbangga dengan kunjungan rombongan PAS Pusat malam. Mereka sekeluarga menjanjikan sokongan padu kepada calon PAS yang akan berdepan dengan PBB dua minggu lagi.

Tuan Guru dan Haji Abdul Rahman

Doa Selamat

Sumbangan Presiden PAS kepada anak lelaki Haji Abdul Rahman yang lumpuh kedua kakinya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: