PASTI MALAYSIA


Tribute to PASTI Sarawak

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on April 23, 2011

Pakatan Rakyat masih gagal menumbangkan BN di Sarawak Pasca PRU negeri ke-10. Peluang bertandang ke Bumi Kenyalang selama dua minggu menambah semangat kami untuk berbakti menerusi aktiviti PASTI.

Gambar PASTI Bintulu

PASTI Kuching

Mengimbau sejarah ringkas PASTI Sarawak.

 Assalamu’alaikum wrh. wbt.

Kepada  ikhwan seperjuangan di mana jua berada.
Alhamdulillah, kesyukuran yang tiada terhingga ke hadrat Ilahi, tanpa dapat diduga, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Sarawak telah berkembang dengan pesat. Sejarah penubuhan Pasti yang pertama, Pasti Insani, Kuching (~2004) amat memilukan hati, terutama kepada insan2 yang nekad memastikan eksistensinya di Bumi Kenyalang. Dalam tempoh beberapa tahun penubuhannya, Pasti bukan sahaja tidak bertambah, malah bagai ‘hidup segan mati tak mahu’. Masalah pengurusan, guru, murid dan kewangan antara cabaran utama yang merentangi. Namun, para pengasasnya tetap sabar, tabah dan istiqamah bertahan demi meneruskan kelangsungannya. Sebelum memerintah sebuah negeri/negara, ahli haraki mendidik diri untuk memerintah organisasi sekecil sebuah Pasti.
Pasti yang pada awalnya tidak diyakini potensinya, mula berkembang dan menjanjikan kejayaan kepada jama’ah. Selepas hampir 5 tahun, akhirnya Pasti bertambah kepada 3, di mana 2 pasti baru dibuka, 1 di Kuching dan 1 di Miri. Pada tahun 2011, perkembangan Pasti Sarawak begitu ketara. Jumlah Pasti terkini di Sarawak ialah 9 buah iaitu 5 di Kuching, 2 di Miri, 1 di Bintulu dan 1 di Kota Samarahan. Maklumat pelajar pula adalah seperti berikut :
1. Pasti al-Munawarah : Miri : 35 pelajar
2. Pasti a-Amalulillah : Miri : 17 pelajar
3. Pasti ? : Bintulu : 18 pelajar
4. Pasti Insani : Kuching : 24 pelajar
5. Pasti Iman : Kuching : 12 pelajar
6. Pasti Ulum : Kuching : 12 pelajar
7. Pasti Ilmi : Kuching : 21 pelajar
8. Pasti Hana : Kuching : 9 pelajar
9. Pasti Raudhah : K. Samarahan : 15 pelajar
Jumlah : 163 pelajar.

Sebahagian Murid PASTI Sarawak

Pasti begitu signifikan sebagai satu wasilah untuk memperkenalkan dan menyebarkan Islam di Sarawak. Pasti sudah lama menjadi aktiviti utama parti dan pengiktirafannya sudah disebut oleh ilmuwan yang memiliki PhD dan disentuh di dewan parlimen. Tadika Islam khususnya yg diwujudkan oleh ABIM sudah lama menapak di Sarawak. Tanpa perlu membuat ‘eksperimen’, Pasti di Sabah adalah contoh terbaik yang perlu diteladani oleh Pas Sarawak. Pasti Sabah adalah di antara Pasti terbaik di Malaysia, hatta pimpinan dan ahli umno pun hantar anak ke Pasti. Saya sendiri pernah menyaksikan bangunan Tadika Kemas di Kota Kinabalu yang tersergam indah tapi sunyi sepi diduduki oleh hanya seorang guru tanpa ada seorang pelajar pun, dan selang 50 meter dari situ, Pasti yang menumpang di bahagian bawah sebuah surau yang agak usang, dipenuhi sesak oleh pelajar berpakaian hijau putih.
Mengikut pelan jangka panjang, Pas Sarawak bercita-cita untuk merealisasikan kewujudan 30 buah Pasti pada tahun 2018. Jika sebuah pasti mampu menempatkan purata 50 pelajar (4,5 & 6 tahun), jangkaan pelajar Pasti pada masa itu ialah 1,500 pelajar. Semoga jika ia menjadi kenyataan, tunas tersebutlah yang akan suatu hari nanti akan meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di Sarawak. Cabaran perjuangan di Islam di Sarawak amat hebat, sekaligus menuntut usaha dan pengorbanan yang tidak sedikit. Muslim sebagai minoriti, kejahilan umat Islam, kezaliman pemerintah, serangan Yahudi dan Kristianisasi dsb perlu didepani. (sila rujuk slide : statistik agama, Islam vs Kristian etc di Sarawak).
Justeru itu, dengan penuh rendah diri, ana ingin memanjangkan permohonan sumbangan derma kewangan daripada semua warga jama’ah di dalam email ini. tidak dapat banyak, sedikit pun alhamdulillah. yang penting, kita berusaha memberi sumbangan untuk mengembangkan agama Allah, yg penting keikhlasan niat di hati. utk makluman semua, waqie sarawak tidak sama dgn semenanjung.. Di semenanjung, kebanyakan Pasti beroperasi di markas, jd tiada kos sewa, tenaga pengajar pula di kalangan isteri ahli yg tidak bekerjaya, mereka mengisi masa lapang pd waktu pagi kerana pasti berdekatan rumah mereka sahaja. Namun di Sarawak, pasti beroperasi di rumah2 sewa, guru2 pula di kalangan anak2 tempatan yang perlu dibayar gaji sewajarnya, justeru semua ini menyebabkan kos agak tinggi berbanding pasti di semenanjung. Purata kos sebuah Pasti di Sarawak adalah RM1900 sebulan. kos pembukaan pasti baru pula diaggarkan sebanyak RM7000 sebuah.  Satu lagi, ahli PAS Sarawak amat sedikit (dianggarkan tak sampai 0.1 % daripada ahli Pas seluruh Malaysia), justeru membataskan kemampuan kewangan untuk menanggung perbelanjaan jama’ah di negeri yang sebesar Semenanjung itu.

Justeru itu, bagi sahabat2 yg ingin menghulurkan sumbangan, sahabat2 boleh menunaikannya dengan tranfer / deposit terus ke akaun PASTI Kuching (Pasti Insani ), akaun bank islam (BIMB) : 1-101301-006469-3.
>> setelah membuat transfer, sila email maklumat sumbangan kepada ana di sz1396@gmail.com untuk tujuan rekod.
Buat sahabat2 yang telah dan akan menghulurkan sumbangan, tiada ucapan yang dapat ana rakamkan melainkan do’a semoga ‘amal soleh tersebut akan dibalas oleh Allah dengan limpahan rezeki dan ganjaran berpanjangan di dunia dan akhirat.
sekian dahulu, ribuan terima kasih atas segala keprihatinan dan jasa baik ikhwan akhawat.

Jazakumullah khairu jaza’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: