PASTI MALAYSIA


Takziah kepada PASTI Tanjung Malim, Perak

Posted in Berita by PASTI Malaysia on June 16, 2011

Khamis 14 Rejab 1432H – 16  Jun 2011

Malam ini kami menerima suatu berita sedih daripada Pengarah PASTI Perak.
Guru PASTI Al-Hilal, Felda Besout 2, Tanjung Malim, Ustazah Aminah bt Abdullah telah kembali ke rahmatuLLah di rumahnya.

Seluruh warga PASTI Malaysia turut bersedih dengan pemergian itu dan mengucapkan takziah kepada ahli keluarga almarhumah.

Almarmumah merupakan guru PASTI paling lama bertugas dan menabur budi di PASTI Kawasan Tanjung Malim. Pemergiannya amat dirasai oleh semua warga PASTI dan penduduk Feda Besout 2.

Semoga ALLah menempatkan roh almarhumah ke dalam golongan hambaNya yang beriman.

Jabatan PASTI Malaysia yang diwakili oleh Ketua Pengarah dan Setiausaha berkesempatan hadir ketika jenazah Almarhumah dikebumikan.

Selepas itu rombongan telah pergi ke rumah Almarhumah untuk bertemu sendiri dengan suami dan keluarga Almarhumah Ustazah Aminah.

Pada penghujung ziarah itu, Ketua Pengarah telah menyampaikan sumbangan Tabung Kebajikan PASTI Malaysia kepada suami Almarhumah sebagai tanda simpati dan penghargaan PASTI Malaysia kepada jasa Almarhumah mendidik anak-anak di PASTI Al-Hilal, Besoout 2.

Di Rumah Almarthumah

Tahlil di Pusara

Penyampaian Sumbangan TKP Malaysia

2 Responses to 'Takziah kepada PASTI Tanjung Malim, Perak'

Subscribe to comments with RSS or TrackBack to 'Takziah kepada PASTI Tanjung Malim, Perak'.

  1. shamsul said,

    assalamualaikum…
    saye ingin mengetahui lokasi PASTI di tanjung malim…
    sila hubungi saye di talian 0193767855

    • pastipusat said,

      Sila hubungi Encik Azahari Yahya untuk urusan tersebut.

      Tk atas perhatian tuan 012 6059140


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: