PASTI MALAYSIA


Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011

Posted in Berita by PASTI Malaysia on June 25, 2011

Jumaat – Sabtu, 22 – 23 Rejab 1432H

Kontinjen negeri-negeri mula tiba di Masjid Rusila seawal jam 7.00 pagi Jumaat. Semuanya datang dengan azam untuk mencapai kejayaan dan memperbaiki prestasi. Oleh kerana kaunter pendaftaran hanya mula beroperasi jam 3.00 petang, ramai yang mengambil kesempatan melancong dan membeli-belah di sekitar Kuala Terengganu dan Marang dahulu.

Taklimat PIC dan raptai sukan dijalankan pada jam 5.00 petang di Padang Kompleks Telekom Rusila. Seterusnya taklimat pengurus-pengurus  pasukan mulai jam 9.30 malam di PASTI Al-Itqanul Hadid, Rusila.

Acara perasmian disempurnakan oleh YB Ustaz Mohd Nor Hamzah mulai jam 8.00 pagi. Sebelum itu perarakan masuk kontinjen negeri-negeri diberikan sambutan hangat oleh para penyokong dan penonton yang memenuhi padang Kompleks Latihan TM ini. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Haji Hassan menyampaikan ucapan aluan sebelum ucapan perasmian. YB Ustaz Mohd Nor Hamzah diberikan penghormatan melakukan gimik perasmian selepas merasmikan pesta sukan ini.

Deretan MGP - sedia untuk menyambut tetamu kehormat pesta

ALP yasng setia

Sebahagian Kontinjen Negeri-negeri

ALP di atas pentas utama

Ucapan Perasmian YB Ust Mohd Nor

Sedia !

Tepat jam 9.00 pagi, acara perlawanan bagi bola sepak dan bola jaring bermula. Saingan tahun ini cukup sengit. Mutu permainan setiap pasukan juga telah bertambah baik sesuai dengan usia kejohanan yang memasuki usia tujuh tahun.

Setelah mengharungi pertarungan hampir tiga jam setengah tanpa henti. pasukan Bola Sepak PASTI negeri Perak telah muncul sebagai juara baru setelah menewaskan Selangor dengan kemenangan tipis 1 – 0. Manakala di gelanggang bola jaring, pasukan tuan rumah PASTI Negeri Terengganu menang bergaya menewaskan PASTI Melaka untuk muncul sebagai juara tahun 2011.  Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan ini !

Gambar Kenangan bersama Dato' Seri Presiden

Perasmian penutup melengkapkan acara tahunan PASTI yang paling berprestij ini. Presiden PAS, YB Tuan Guru Dato’ Seri Haji Abdul Awang meluangkan masa untuk menyempurnakan acara itu. Sebelum itu, YB Dato’ Seri Presiden telah sudi turun ke padang untuk beramah-mesra dengan pasukan Selangor dan Perak yang layak ke perlawanan akhir bola sepak.

Presiden PAS di pentas utama

Ucapan Presiden PAS - Penutupan Rasmi Pesta

Di dalam ucapan perasmian penutup, YB Dato’ Seri Presiden telah mengingatkan bahawa acara ini sebagai bukti PAS bersifat syumul. Beliau juga menegaskan bahawa slogan memimpin negara berkebajikan yang diperkenalkan di dalam muktamar PAS  baru-baru ini mampu direalisasikan oleh semua elemen parti. Seterusnya YB Dato’ Seri Presiden menegaskan semua  bahawa amal soleh mesti berlandaskan iman yang sahih. Akhirnya beliau mengingatkan bahawa matlamat bersukan adalah untuk membina jatidiri  dan menguatkan ukhwah sesama Islam.

Mohd Firdaus Norhalim

Sarah Umairah Faisal

Tahniah, Skuad Bola Sepak Kejor Yop Kejor !

Johan Keseluruhan Pesta Sukan PASTI Malaysia 2011 - PASTI Terengganu

sila lawati facebook pasti perak untuk gambar-gambar pesta yang lain 

Keputusan Penuh

 

Bola Sepak Bola Jaring
Johan Perak Terengganu
Naib Johan Selangor Melaka
Ketiga Kedah Johor
Keempat Pulau Pinang Kedah
Pemain Terbaik Mohd Firdaus Norhalim bin Shahrol( Penjaga Gol PASTI Perak ) Sara Umairah bt Faisal ( G S – PASTI Terengganu )
Johan Keseluruhan Terengganu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: