PASTI MALAYSIA


Salam Aidil Fitri 1432HH

Posted in Uncategorized by PASTI Malaysia on August 28, 2011

 

Ketua Pengarah dan semua Ahli Lembaga Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia mengucapkan selamat meraikan kemenangan menewaskan hawa nafsu menjelang fajar Syawal ini yang penuh keberkatan kepada seluruh warga PASTI dan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Semoga hubungan ukwah sentiasa dapat dieratkan dan segala amal kita diterima oleh ALLah SWT.

اللهُ
أَكْبَرُ ( 3 كالي )   اللهُ أَكْبَرُ (
3  كالي )   اللهُ أَكْبَرُ ( 2  كالي )
اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا و الحَمْدُ ِللهِ كَثِيْرًا وَسُبْحَانَ اللهِ
بُكْرَةً وَأَصِيْلا  . الحَمْدُ ِللهِ
الَّذِى وَفَّقَنَا لِعِبَادَتِهِ . وَجَعَلَ هذَا اليَوْمَ فَرْحًا لِعِبَادِهِ
الُمتَّقِيْنَ الَّذِيْنَ فَازُوْا بِصِيَامِ رَمَضَانَ وَقِيَامِهِ  .وَأَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ
وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ   اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ  . أَمَّا بَعْدُ
…. فَيَا أَيُّهَا المُسْلِمُوْنَ اتَّقُوْا اللهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُْتُنَّ إِلا
وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ

Selamat hari raya Aidilfitri diucapkan kepada
seluruh kaum muslimin dan muslimat. Kita baru sahaja melalui tarbiah Ramadhan
yang merupakan suatu proses dalam melahirkan hamba Allah yang bertaqwa. Antara
ciri hamba Allah yang bertaqwa sebagaimana yang disebut oleh Ibnu Mas’ud ialah sentiasa mentaati
Allah dan tidak mengengkari perintahNya termasuk ketika menyambut hari raya.
Tanda taat marilah kita penuhi hari raya kita dengan amal ibadat disamping
menjauhi larangan Allah seperti membuka aurat, pergaulan bebas antara lelaki
dan perempuan, hiburan melampau dan sebagainya. Ciri hamba Allah yang taqwa
juga sentiasa mengingati Allah dan tidak melupaiNya. Buktikan diri kita sebagai
hamba Allah bukannya hamba Ramadhan iaitu jangan pada bulan Ramadhan sahaja
kita melawan hawa nafsu sedangkan bila menyambut hari raya maka kita menjadi
hamba kepada nafsu yang menyuruh kepada kejahatan. Ciri hamba Allah yang
bertaqwa seterusnya ialah sentiasa bersyukur kepada Allah dan tidak mengkufuri
nikmatNya. Tidakkah kita berasa malu menyambut hari raya dengan amalan maksiat
sedangkan hari raya adalah anugerah Allah. Ia umpama kita menyertai majlis
jemputan orang tetapi melakukan perkara yang tidak disukai oleh tuan rumah.
Sempena menyambut hari raya juga marilah kita sama-sama berdoa agar dapat
meraih tawaran Allah yang dijanjikan sepanjang Ramadhan baru lalu iaitu rahmat,
keampunan dosa dan dijauhkan daripada azab neraka. Kita tidak mahu termasuk
dalam golongan yang jauh daripada rahmat Allah sebagaimana yang diberitahu oleh
nabi Muhammad s.a.w iaitu golongan yang keluar daripada Ramadhan dalam keadaan
dosanya belum lagi diampuni oleh Allah. Ingatlah bahawa kita bukan mahu
menyambut hari raya di dunia sahaja sebaliknya apa yang lebih kita idamkan
ialah menyambut hari raya dalam Syurga Allah di akhirat nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: