PASTI MALAYSIA


Pertemuan Rasmi dengan JP. PASTI Terengganu

Posted in Berita by PASTI Malaysia on October 26, 2011

Majlis berlangsung mulai jam 2.45 bertempat di Pejabat PAS Kawasan Kuala Terengganu, Kuala Ibai, Terengganu.

Majlis dipengerusikan oleh Saudara Mohamad Zaim, Setiausaha PASTI Terengganu. Taklimat organisasi dan hala tuju disampaikan oleh Ustaz Sulaiman Sulong, Pengarah PASTI Terengganu.

Taklimat oleh Ustaz Sulaiman

Yang menarik kali ini, taklimat PASTI kawasan-kawasan disampaikan sendiri oleh Pengerusi PASTI kawasan-kawasan yang turut sama di dalam majlis itu.

Wakil PASTI Hulu Terengganu

Pembentangan Pengerusi PASTI Dungun

Seterusnya taklimat balas dan pengarahan operasi PASTI 2011 – 2012 disempurnakan pula oleh yang Berbahagia Haji Hasan Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia.

Taklimat KP PASTI Malaysia

Selepas sesi dialog, majlis ditangguhkan untuk bersolat Asar pada jam 4.20 petang.

Pertemuan dengan pengerusi-pengerusi dan pengurus-pengurus PASTI negeri Terengganu bertempat di Dewan Utama, Kompleks PAS Kawasan Kuala Terengganu mulai jam 4.45 petang. Taklimat diberikan oleh Ketua Pengarah PASTI Malaysia sendiri. Selepas sesi soal-jawab, majlis berakhir pada jam 6.30 petang. Semoga pertemuan ini memberikan manfaat kepada semua !

Taklimat Cikgu Hasan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: