PASTI MALAYSIA


Kursus Asas Perguruan PASTI Negeri Sarawak

Posted in Berita by PASTI Malaysia on December 13, 2011

Selasa 17 Muharam 1433H

Jabatan PASTI Negeri Sarawak buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan kursus di atas bagi 22 orang guru PASTI di seluruh negeri ini.

Sebahagian Peserta KAPP Sarawak

Kursus berlangsung sejak petang kelmarin dan akan berakhir pada petang Jumaat 20 Muharam nanti bersamaan 16 Disember 2011.

Kursus ini dijalankan di Dewan Serbaguna PAS Negeri Sarawak di Taman Matng Jaya, Kuching. Suasana dewan yang dingin dan menyegarkan itu memungkinkan guru-guru untuk menimba sebanyak-banyaknya ilmu penddikan awal kanak-kanak dan tarbiyah haraki dengan izin ALLah SWT.

Kursus pada tiga hari pertama ini dikendalikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Latihan Guru bersama Setiausaha  JP PASTI Malaysia. Mulai Rabu ini pengendalian kursus ini akan diteruskan oleh Puan Hajah Khairiah bersama Puan Saadiah Haji Abu Bakar ( Ketua MGP Malaysia )

Tahniah kepada Warga PASTI Negeri Sarawak di atas kejayaan mengelolakan  kursus ini !

Pengisian Slot oleh SU PASTI Malaysia

Pembentangan oleh Pengarah Bahagian Latihan Guru

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: