PASTI MALAYSIA


Hari Anugerah Kualiti PASTI Malaysia 2011

Posted in Berita by PASTI Malaysia on December 17, 2011

Menunggu Perasmi

Pelajar-pelajar Terbaik PASTI Seluruh Malaysia

21 Muharram 1433H

Ipoh, 17 Disember : PASTI Malaysia telah berjaya menganjurkan program Hari Anugerah Kualiti PASTI peringkat Kebangsaan bagi tahun 2011 pada Sabtu yang lalu. Majlis penuh bersejarah itu dijalankan bertempat di Dewan Perdana, Hotel Seri Malaysia, Ipoh dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamad bin Sabu, Timbalan Presiden PAS. Sewaktu berucap merasmikan majlis tersebut, Haji Mohamad Sabu melahirkan rasa syukur dan gembira atas pencapaian dan kehebatan yang dicapai oleh PASTI pada hari ini. Beliau menegaskan lagi, PASTI telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan, bukan sekadar anak-anak yang ibu bapanya  ahli dan pemimpin UMNO bahkan telah mendapat sambutan dari kalangan masyarakat bukan Islam. Beliau amat mengharapkan PASTI terus berkembang maju pada masa akan datang sehingga mampu membina kampus pendidikan PASTI yang mengandungi sekolah rendah dan menengah PASTI seterusnya kolej universiti PASTI.

Marhaban !

Welcome Mr Vice President !

            Sebelum itu, Ketua Pengarah PASTI Malaysia. Haji Hassan Haji Ahmad pula di dalam ucapan aluannya menyatakan bahawa usaha-usaha transformasi imej dan pemantapan pengurusan PASTI pada semua peringkat akan dilaksanakan. Beliau menyatakan bahawa PASTI akan melaksanakan beberapa usaha ‘rebranding’ dan beberapa produk baru PASTI akan diperkenalkan. Beliau menegaskan bahawa sasaran PASTI 2012 hingga 2016 ingin menjadikan PASTI sebagai pilihan utama rakyat di negara ini dalam mendapatkan pendidikan awal untuk anak-anak mereka.

Ucapan Mr KP PASTI

Doa Awal Majlis HAK

Selanjutnya, majlis tersebut merupakan suatu pengiktirafan PASTI Malaysia kepada pelajar-pelajar yang telah berjaya  menunjukkan prestasi akademik paling cemerlang sepanjang tahun ini di seluruh pelusuk negara. Sementara anugerah 3K pula merupakan penghargaan tertinggi bagi PASTI cawangan-cawangan yang telah berjaya mewujudkan suasana dan persekitaran PASTI yang selamat, ceria  dan amat kondusif bagi merangsang kejayaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Tuan Haji Mohamad Sabu juga telah sudi melancarkan Manual Pengurusan PASTI Versi 2012 untuk dijadikan sebagai rujukan para penggerak PASTI seluruh Malaysia di dalam suatu slot  pelancaran yang amat menarik perhatian para tetamu majlis itu.

Gimik yang menggentarkan jiwa !

Buku yang ditunggu-tunggu !

Sebahagian Hadirin HAK 2011

Cenderamata PASTI Malaysia kepada Timbalan Presiden PAS yang amat disayangi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: