PASTI MALAYSIA


Taklimat dan Dialog Pengurusan PASTI Negeri Sembilan

Posted in Berita by PASTI Malaysia on January 16, 2012

21 Safar

Majlis diadakan di Dewan D’Ark, Senawang.Majlis diimulakan dengan pembentangan Hala Tuju PASTI Malaysia oleh Saudara Md Shahmiour, Timbalan Ketua Pengarah PASTI Malaysia.

Program diteruskan dengan dialog selama hampir dua jam antara penggerak PASTI Negeri Sembilan dengan PASTI Malaysia yang diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah dan Setiausaha.

Banyak persoalan telah diutarakan oleh para peserta. Penjelasan yang telah diberikan diharapkan dapat merungkai setiap permasalahan ataupun meredakan segala kegelisahan para peserta.

Majlis ini juga berjaya mengumpulkan hampir semua penggerak PASTI Negeri Sembilan.

Pentauliahan penggerak PASTI Negeri Sembilan telah dijalankan selepas sesi dialog. Slot ini disempurnakan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan sendiri iaitu Ustaz Haji Khairil Anwar. selepas itu diadakan majlis penyampaian peilbagai anugerah dan sumbangan sebagai penggalak kepada kerja pengurusan PASTI berbagai peringkat di negeri bertuah ini.

Majlis  berakhir dengan penutupan rasmi oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, YB Haji Taufek Abdul Ghani. Tahniah diucapkan kepada Ustaz Nazri dan Doktor Ahmad Bayu serta seluruh saf kepimpinan PASTI Negeri Sembilan. Kesesungguhan  penganjuran program ini diyakini akan memudahkan turunnya pertolongan ALLah membantu gerakan Islam di sini.

Jazakallah atas layanan yang diberi dan tahniah sekali lagi !

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: