PASTI MALAYSIA


Citra Gemilang PASTI Malaysia

Posted in Berita by PASTI Malaysia on February 1, 2014

2014131110232

Baru


2014131163318

TAHNIAH ALP PASTI MALAYSIA !

SEPANG, Jan: PASTI Malaysia telah berjaya menyusun dan memantapkan lagi pasukan kerjanya yang baru bagi mendepani sesi 2013-2015. Pasukan kerja yang baru ini memperlihatkan gabungan beberapa wajah baru dan lama. PASTI Malaysia yang dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Hj. Hassan Bin Hj. Ahmad telah menambah  4 bahagian baharu dalam struktur organisasinya, iaitu Bahagian PASTI Luar Negara,  Bahagian TV PASTI, Bahagian Berita & Publisiti dan Bahagian Strategik. Tujuan penambahan bahagian ini adalah bagi menjadikan pengurusan PASTI Malaysia menjadi lebih cekap dan berkesan, khususnya dalam melebarkan lagi dimensi kerja PASTI.

Semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Citra Gemilang PASTI Malaysia 2014 di Concorde Inn Sepang, Sdr.  Suhaizan Kayat, Ketua DPPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli lembaga pengarah PASTI kerana telah berjaya menjadikan PASTI pilihan utama rakyat di negara ini. Beliau turut mengharapkan agar kepimpinan PASTI dapat terus meneroka dimensi baru dan inovasi-inovasi baru dalam bidang pendidikan. “PASTI juga perlu meningkatkan lagi hubungan dengan masyarakat seperti NGO, badan-badan pendidikan dalam dan luar negara, pertubuhan-pertubuhan sukarela, dan sebagainya’, tambah beliau. Tegas beliau lagi, aspek kualiti dan peningkatan mutu perkhidmatan di PASTI hendaklah ditingkatkan selaras dengan peningkatan jumlah murid di PASTI.

Antara fokus utama PASTI Malaysia kali ini adalah berusaha mewujudkan ‘PASTI Model’ bagi setiap negeri dan PASTI Berprestasi Tinggi di setiap kawasan. Turut menjadi fokus penting bagi warga kerja PASTI di semua peringkat pada tahun ini ialah perancangan meningkatkan elaun guru PASTI. Bengkel khas bagi membincangkan hal ini telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi untuk dilaksanakan oleh semua peringkat pengurusan PASTI. Agenda memperkasakan kurikulum PASTI dan mengangkat PASTI agar bertaraf dunia turut diberi perhatian untuk dijayakan pada tahun ini.

2014131165411_1

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: