PASTI MALAYSIA


Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 2, 2014

Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.

Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.

Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.

Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.

 

ar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: