PASTI MALAYSIA


PRK Chempaka 22 Mac 2015

Posted in Berita by PASTI Malaysia on March 23, 2015

Syukur kepada ALLah,  Tahniah kpd Us Fathan !  IMG-20150322-10119

IMG-20150322-10120 IMG-20150322-10121 IMG-20150322-10122 IMG-20150322-10123 IMG-20150322-10124 IMG-20150322-10125 IMG-20150322-10126 IMG-20150322-10127 IMG-20150322-10128IMG-20150322-10135 IMG-20150322-10136 IMG-20150322-10137 IMG-20150322-10138 IMG-20150322-10139 IMG-20150322-10140 IMG-20150322-10141 IMG-20150322-10142 IMG-20150322-10143 IMG-20150322-10144 IMG-20150322-10145 IMG-20150322-10146 IMG-20150322-10147 IMG-20150322-10148 IMG-20150322-10149 IMG-20150322-10150 IMG-20150322-10151 IMG-20150322-10152

Kemenangan ini memberikan semangat kepada kami semua untuk melipatgandakan usaha menyebarkan Islam …….

Advertisements

Kurikulum Tadika PASTI Bertaraf Dunia

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 2, 2014

Pencapaian Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) kini menjadi perhatian banyak pihak termasuk oleh pihak kerajaan Malaysia. Ketua Pengarah PASTI Malaysia, Hassan Ahmad berkata, pelbagai pihak termasuk pakar-pakar pendidikan melawat dan membuat kunjungan ke PASTI untuk meninjau dan menimba pengalaman dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, khususnya melihat kehebatan dan kejayaan pendidikan di PASTI-PASTI. Menurut beliau lagi, kurikulum PASTI terbukti terbaik di negara ini apabila murid-murid lepasan PASTI memperlihatkan pencapaian yang tinggi dalam ujian Linus di sekolah-sekolah rendah mengatasi tahap kelulusan kebangsaan. “Banyak pihak kini mohon kerjasama PASTI untuk mengetahui kepakaran dan pengalaman PASTI kerana PASTI telah berjaya menghasilkan murid-murid yang pintar soleh di negara ini”, tambah beliau sewaktu berucap dalam Karnival Alam Ria PASTI Peringkat Kebangsaan 2014 yang diadakan di Sek Agama At-Tanwiriah, Parit Jawa, semalam.

Beliau menyatakan, dalam masa terdekat ini PASTI Malaysia kini sedang diperingkat akhir memperkemaskan lagi kurikulum PASTI agar bertaraf dunia. PASTI juga sedang memperluaskan program Pra-Tahfiz PASTI ke seluruh negara agar ia berjalan sepenuhnya pada tahun hadapan. Menurut beliau lagi, PASTI kini telah melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa apabila berjaya membuka beberapa buah tadika PASTI di luar negara.

Sewaktu merasmikan Karnival Alam Ria PASTI ini, ADUN Parit Yaani yang selaku Pesuruhjaya PAS Johor, YB Aminolhuda Hassan mengucapkan tahniah atas kehebatan dan kejayaan PASTI, khususnya PASTI-PASTI di negeri Johor ini. Beliau mengharapkan agar PASTI dapat terus berkembang di negeri Johor agar lebih ramai rakyat di Johor dapat menghantar anak-anak mereka ke PASTI-PASTI bagi mendapatkan pendidikan awal berteraskan Islam. Beliau melahirkan rasa syukur kerana PASTI telah berjaya menjadi pilihan utama rakyat di negara ini.

Karnival PASTI Malaysia Peringkat Kebangsaan kali ini memperlihat semua negeri menghantar peserta untuk pertandingan bernasyid, bersajak, bercerita, hafazan al-qur’an, azan, khutbah, Kalam Jamaiey (choral speaking -Bahasa Arab) dan pidato. Rata-rata orang ramai yang hadir terpegun dengan keberanian dan kepetahan murid-murid PASTI seawal usia 4, 5 dan 6 tahun itu mempersembahkan bakat masing-masing. Negeri Johor telah menjadi Johan keseluruhan bagi acara-acara yang dipertandingkan pada kali ini.

 

ar

Selamat Datai !

Posted in Berita by PASTI Malaysia on August 22, 2014

baner

Citra Gemilang PASTI Malaysia

Posted in Berita by PASTI Malaysia on February 1, 2014

2014131110232

Baru


2014131163318

TAHNIAH ALP PASTI MALAYSIA !

SEPANG, Jan: PASTI Malaysia telah berjaya menyusun dan memantapkan lagi pasukan kerjanya yang baru bagi mendepani sesi 2013-2015. Pasukan kerja yang baru ini memperlihatkan gabungan beberapa wajah baru dan lama. PASTI Malaysia yang dipimpin oleh Ketua Pengarahnya, Hj. Hassan Bin Hj. Ahmad telah menambah  4 bahagian baharu dalam struktur organisasinya, iaitu Bahagian PASTI Luar Negara,  Bahagian TV PASTI, Bahagian Berita & Publisiti dan Bahagian Strategik. Tujuan penambahan bahagian ini adalah bagi menjadikan pengurusan PASTI Malaysia menjadi lebih cekap dan berkesan, khususnya dalam melebarkan lagi dimensi kerja PASTI.

Semasa menyampaikan ucapan dalam Majlis Citra Gemilang PASTI Malaysia 2014 di Concorde Inn Sepang, Sdr.  Suhaizan Kayat, Ketua DPPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli lembaga pengarah PASTI kerana telah berjaya menjadikan PASTI pilihan utama rakyat di negara ini. Beliau turut mengharapkan agar kepimpinan PASTI dapat terus meneroka dimensi baru dan inovasi-inovasi baru dalam bidang pendidikan. “PASTI juga perlu meningkatkan lagi hubungan dengan masyarakat seperti NGO, badan-badan pendidikan dalam dan luar negara, pertubuhan-pertubuhan sukarela, dan sebagainya’, tambah beliau. Tegas beliau lagi, aspek kualiti dan peningkatan mutu perkhidmatan di PASTI hendaklah ditingkatkan selaras dengan peningkatan jumlah murid di PASTI.

Antara fokus utama PASTI Malaysia kali ini adalah berusaha mewujudkan ‘PASTI Model’ bagi setiap negeri dan PASTI Berprestasi Tinggi di setiap kawasan. Turut menjadi fokus penting bagi warga kerja PASTI di semua peringkat pada tahun ini ialah perancangan meningkatkan elaun guru PASTI. Bengkel khas bagi membincangkan hal ini telah berjaya menghasilkan beberapa resolusi untuk dilaksanakan oleh semua peringkat pengurusan PASTI. Agenda memperkasakan kurikulum PASTI dan mengangkat PASTI agar bertaraf dunia turut diberi perhatian untuk dijayakan pada tahun ini.

2014131165411_1

m-rasul.jpg

Posted in Berita by PASTI Malaysia on January 13, 2014

Semarakkan Cinta Rasul. Sejahtera Buat Semua !

Murid PASTI mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 17, 2013

New Picture

Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013  yang diadakan di Sri Lanka pada 30 Ogos hingga 6 September 2013 baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Seramai 380 orang peserta dari 14 buah negara telah menyertai pertandingan ini.

Yang paling membanggakan,  dua beradik iaitu adik  Megat Imran Megat Mohd Khushairi  dan adiknya Megat Zaid Megat  Mohd Khushairi dari PASTI Edu-Kids Al-Amin telah  terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.  Megat Imran 7 tahun bertanding dalam kategori umur di bawah tujuh tahun manakala  adiknya Megat Zaid 5 tahun bertanding dalam kategori umur bawah lima tahun.

Kedua-dua beradik tersebut  serius di dalam permainan catur sejak akhir tahun lalu dan aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan sejak awal tahun ini.

Sebelum ke Sri Lanka untuk menghadiri pertandingan catur tersebut, mereka telah diberikan penghargaan dari  Kerajaan Negeri Selangor di atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Sumbangan sebanyak RM7,000 telah disampaikan oleh Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kepada kedua-dua beradik tersebut. Sumbangan disampaikan di PASTI Edu-Kids  Al-Amin. Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali bagi pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak ini.

PASTI Malaysia mendoakan agar adik Megat Imran dan adik Megat Zaid berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dapat menjadi contoh dan pendorong kepada kanak-kanak yang lain, bukan sahaja dalam bidang cartur, malah dalam bidang-bidang yang lain.

Datang Jangan Tak Datang ! Bersama Meriahkan Alam Ria Kita !

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 6, 2013

Image

 

ar b

Datang jangan tak datang !

Posted in Berita by PASTI Malaysia on August 20, 2013

Assalamu’alaikum warahmatuLLah

Ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Malaysia

Pengarah-pengarah PASTI Negeri / Wilayah

 

 ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013

Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :

 Tarikh               14 – 15 Zulqe’dah 1434H / 14 – 15 September 2013

 Tempat             SRA Seksyen 16, Persiaran Selangor

Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Selangor.

S 16

Alam Ria PASTI Malaysia 2013

Posted in Berita by PASTI Malaysia on August 20, 2013

Assalamu’alaikum warahmatuLLah

Ahli Lembaga Pengarah Jabatan PASTI Malaysia

Pengarah-pengarah PASTI Negeri / Wilayah

 

Tuan-puan,

 

 ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013

Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :

 ALAM RIA PASTI MALAYSIA TAHUN 2013

Sukacita Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia akan mengadakan program seperti di atas pada :

 Tarikh               14 – 15 Zulqe’dah 1434H / 14 – 15 September 2013

 Tempat             SRA Seksyen 16, Persiaran Selangor

Seksyen 16, 40200 Shah Alam. Selangor.

                

2.    Berikut dilampirkan :

a)       Atur Cara Alam Ria PASTI Malaysia 2013.

b)       Borang Pendaftaran Kontinjen / Peserta

( Sila kembalikan borang  tersebut ke Pejabat PASTI Malaysia melalui Fax 03 61869618 atau emel pasti_pusat@yahoo.com.my sebelum 10 September 2013 )

c)    Peraturan Alam Ria PASTI Malaysia ( sila rujuk peraturan ini dengan sempurna )

3.  Pihak PASTI Negeri juga diminta membuat persiapan awal bagi menghantar kontinjen masing-masing.. Kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan Jazakallah khairan kathira.

Sekian terima kasih.

MENDIDIK GENERASI BERTAQWA

ar b

 

Real, PASTI di TV 9.

Posted in Berita by PASTI Malaysia on July 29, 2013
Syukur AlhamduliLLah, Penantian selama hampir enam bulan berakhir dengan tersiarnya persembahan anak-anak PASTI Malaysia di dalam rancangan ” Pesan Atuk ” pagi tadi di TV 9. Terima kasih kepada pengurusan Media Prima atas kesudian menjemput kami dahulu. Semoga usaha ini mendatangkan keberkatan kepada kita bersama. Tahniah kepada Semua !
Photo
Photo
Next Page »