PASTI MALAYSIA


Video Korporat PASTI Malaysia

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on February 17, 2014

Image

Sila layari

http://youtu.be/IA67HYJyEXU

Tolong sebarkan – PASTI Pilihan Utama Rakyat Malaysia

Image

Perutusan Tahun 2014

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on January 1, 2014

Selamat Sejahtera buat semua. Semoga tahun ini PASTI lebih cemerlang.

Image

 

File0326

Jom Laksanakan Ibadah Umrah !

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on September 19, 2013

Daftar segera, tempat terhad !

Image

UMRAH BULAN DISEMBER BERSAMA PASTI MALAYSIA

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on July 23, 2013
Image

UMRAH EKONOMI PASTI MALAYSIA

IMG-20130718-WA004

Alhamdulillah, setelah selesai Umrah Ekonomi PASTI Malaysia siri yang pertama pada bulan Mei/June 2013 yang lepas, kini Umrah Ekonomi PASTI Malaysia kembali lagi untuk siri yang kedua.

Pakej Umrah Ekonomi PASTI untuk kali ini akan diadakan pada musim cuti sekolah bulan Disember 2013. Pasti Malaysia akan menawarkan dua sesi pada kali ini, iaitu sesi pertama pada 16 hingga 27 Disember 2013, dan sesi kedua pada 17 hingga 28 Disember 2013. Turut bersama-sama para peserta pada umrah kali ini adalah YBH Tuan Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia(PAS) .

Harga Pakej Umrah adalah sebanyak RM5500.00, dan yuran pendaftaran sebanyak RM500.00. Bagi sesiapa yang berminat, boleh menghubungi Puan Syutina atau Puan Syuhaida di talian 03-61876592. Atau boleh emailkan sebarang pertanyaan ke pastimalaysiaumrah@yahoo.com.

Umrah Ekonomi PASTI Malaysia ini dengan kerjasama Pondok An-Nur Travel & Tours SDN BHD.

Pendaftaran PASTI Sesi 2014

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on July 23, 2013
PENDAFTARAN PELAJAR PASTI SESI 2014

IMG-20130718-WA003

*PENDAFTARAN PELAJAR PASTI SESI 2014 KINI DI BUKA
*TERBUKA KEPADA KANAK-KANAK YANG BERUMUR 4, 5 DAN 6 TAHUN.
*IBU BAPA ATAU PENJAGA YANG BERMINAT, BOLEH MENGHUBUNGI PASTI NEGERI MASING-MASING ATAU PASTI MALAYSIA.

PASTI NEGERI:

  1. PERLIS   019-457 5605
  2. KEDAH  019-440 3329
  3. KELANTAN    09-748 6042
  4. TERENGGANU  09-620 4417
  5. PULAU PINANG  019-409 5922
  6. PERAK   05-528 8371
  7. PAHANG   019-931 6227
  8. SELANGOR   03-8733 5850
  9. W.PERSEKUTUAN   019-363 9045
  10. NEGERI SEMBILAN   019-664 4320
  11. MELAKA   013-398 5450
  12. JOHOR    07-755 5198
  13. SABAH    019-369 2587
  14. SARAWAK    019-825 1719

PASTI MALAYSIA:

*PRASEKOLAH BERTERASKAN ISLAM TERBESAR DI MALAYSIA.
*MENAWARKAN PENDIDIKAN ISLAM DAN AKADEMIK SERTA SISTEM PENDIDKAN YANG EFISEN.
*KADAR YURAN YANG BERPATUTAN.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!

Selamat Datang

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on May 11, 2013

Selamat datang kepada semua tetamu dan peserta.

Moga tuan/puan selesa di sini.

Print

 

 

PASTI Cinta RasuluLLah 1434H

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on January 23, 2013

mrasul

jawi-maulud1

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Manusia Yang Paling Agung, Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW kepada semua warga PASTI dan seluruh rakyat Malaysia.  Walau di manapun anda berada, pastikan RasuluLLah menjadi cinta utama kita !

Mari kita ambil pengajaran daripada beberapa peringatan ayat suci Al-Quran dan Hadis Nabi SAW  :

Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya.”
(Al-Ahzab: Ayat 56)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga aku lebih dicintai olehnya daripada ia mencintai anaknya, orang tuanya dan manusia semuanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Sesungguhnya seutama-utama manusia (orang terdekat) dengan aku pada hari qiamat adalah mereka yang lebih banyak berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat An-Nasa’i dan Ibnu Hibban)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari qiamat.”
(Hadith Riwayat Thabarani)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barangsiapa berselawat kepadaku dari jauh maka selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya.”

(Hadith Riwayat Al-Baihaqi dan Al-Khatib)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.”

(Hadith Riwayat Ahmad, Nasa’i dan Al-Hakim)
Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku pada hari Jumaat dua ratus selawat, maka diampuni baginya dosa dua ratus tahun.”
(Hadith Riwayat Ad-Dailami)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam: Dari Ubai bin Ka’ab:
“Aku bertanya, wahai Rasulullah! Sesungguhnya aku memperbanyak selawat, maka berapakah aku jadikan untukmu dari selawatku? Nabi bersabda: Apa yang kamu kehendaki. Ia berkata: kataku: “Seperempat.” Sabda Nabi: “Apa yang kamu sukai dan jika kamu tambah maka itu yang lebih baik bagi kamu.” Kataku: “Apakah sepertiga? Sabda Nabi: Apa yang kamu sukai, jika kamu tambah itulah yang lebih baik bagi kamu.” Ia bertanya: “Apakah aku jadikan selawatku buatmu semuanya?” Nabi bersabda: “Jika demikian maka dicukupilah cita-citamu dan diampuni dosamu.”
(Hadith Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Al-Hakim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam yang bermaksud:
“Barangsiapa yang berselawat kepadaku dari ummatku, maka dicatat baginya sepuluh kebaikan dan dihapuskan darinya sepuluh dosa.”
(Hadith Riwayat Ibnu Hibban)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Telah datang kepadaku utusan dari Tuhanku ‘Azzawajalla maka dia (Jibril) berkata: Barangsiapa yang mengucapkan selawat kepadaku dari umatmu, Allah Subhanahu wa Ta’ala mencatat baginya sepuluh kebaikan dan menghapuskan darinya sepuluh dosa dan mengangkat Allah baginya sepuluh darjat dan menolak Allah atasnya (membalas) yang seumpamanya.”
(Hadith Riwayat Ahmad)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Berselawatlah kamu kepadaku, kerana selawat itu menjadi zakat (penghening jiwa pembersih dosa) bagimu.”
(Hadith Riwayat Ibnu Murdawaih)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah menurunkan rahmat kepadanya sepuluh kali.”
(Hadith Riwayat Muslim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku di hari Jumaat seratus kali maka ia datang di hari qiamat dengan cahaya, sekiranya dibahagi antara makhluk semuanya maka cahaya itu akan memenuhinya.”
(Hadith Riwayat Abu Nu’aim)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seratus kali, maka Allah mendatangkan baginya seratus hajat, tujuh puluh untuk akhirat dan tiga puluh untuk di dunianya.”
(Hadith Riwayat Ibnu Najar dari Jabir r.a.)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Barangsiapa berselawat kepadaku dalam sehari seribu kali, maka ia tidak akan mati sehingga ia digembirakan dengan syurga.”
(Hadith Riwayat Abus Syaikh dari Anas r.a.)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Hinalah hidup orang yang ketika disebutkan namaku tidak membaca selawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

Sabda Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam:
“Orang yang bakhil ialah yang disebut namaku kepadanya lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku.”
(Hadith Riwayat Tirmidzi)

 

khat maulid

Lambaian Kaabah !

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on December 4, 2012

Salam Sejahtera.

Jemputan kepada semua. Terbuka selagi tempat masih ada. Hubungi Pejabat PASTI Malaysia segera !

Um

Selamat Datang, Semua !

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on November 30, 2012

Semoga perjalanan tuan-puan dirahmati ALLah pergi dan balik.

banner hari anugerah kualiti PASTI 2012

 

Tentatif Alam Ria PASTI Malaysia 2012

Posted in Tindakan by PASTI Malaysia on September 7, 2012

Salam Syawal.

Buat Panduan Semua

Atur Cara Alam Ria  PASTI Malaysia 2012

 Sabtu        15 September 2012

10.00 pagi hingga 6,00 petang

* Pendaftaran di PUTIK

* Acara bebas / lawatan sekitar Kota Bharu.

8.00 malam

* Makan Malam ( PUTIK & Penginapan )

* Taklimat ketua kontinjen dan hakim-

   hakim ( PUTIK )

 

Ahad   –  16 September 2012

7.00 pagi

* Sarapan pagi di PUTIK.

8.00 pagi

* Acara Alam Ria PASTI Malaysia

   dipertandingkan.

* Majlis penutup dan penyampaian hadiah

* Jamuan Eid Fitri PASTI Malaysia

Next Page »