PASTI MALAYSIA


Murid PASTI mewakili Malaysia di dalam Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013

Posted in Berita by PASTI Malaysia on September 17, 2013

New Picture

Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships 2013  yang diadakan di Sri Lanka pada 30 Ogos hingga 6 September 2013 baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Seramai 380 orang peserta dari 14 buah negara telah menyertai pertandingan ini.

Yang paling membanggakan,  dua beradik iaitu adik  Megat Imran Megat Mohd Khushairi  dan adiknya Megat Zaid Megat  Mohd Khushairi dari PASTI Edu-Kids Al-Amin telah  terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan tersebut.  Megat Imran 7 tahun bertanding dalam kategori umur di bawah tujuh tahun manakala  adiknya Megat Zaid 5 tahun bertanding dalam kategori umur bawah lima tahun.

Kedua-dua beradik tersebut  serius di dalam permainan catur sejak akhir tahun lalu dan aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan sejak awal tahun ini.

Sebelum ke Sri Lanka untuk menghadiri pertandingan catur tersebut, mereka telah diberikan penghargaan dari  Kerajaan Negeri Selangor di atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Sumbangan sebanyak RM7,000 telah disampaikan oleh Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kepada kedua-dua beradik tersebut. Sumbangan disampaikan di PASTI Edu-Kids  Al-Amin. Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali bagi pihak Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak ini.

PASTI Malaysia mendoakan agar adik Megat Imran dan adik Megat Zaid berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dapat menjadi contoh dan pendorong kepada kanak-kanak yang lain, bukan sahaja dalam bidang cartur, malah dalam bidang-bidang yang lain.

Leave a comment